Khamis, 3 September 2015

PENGENALAN AHLI KUMPULAN


Vimmel a/l Subramanian

16DPR15F1992




















Muhammad Faiz Bin Mohamed Basri

16DPR15F1022














Ahmad Shakir Bin Atikullah

16DPR15F1049















Wan Muhamad Luqmanul Hafiz Bin Wan Abdul

16DPR15F1050

Rabu, 26 Ogos 2015

Pembentukan Malaysia

Pengenalan


  • Tarikh 31 Ogos 1957 amat bermakna dan memeberikan kesan yang amat mendalam kepada pembangunan setiap sudut (ekonomi, politik dan sosial) negara ini. Pada waktu tersebut negara hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu. Negara berdaulat yang lahir pada tarikh tersebut tidaklah sama dengan negara negara yang wujud pada hari ini. Hari ini, Malaysia meliputi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Serawak. Suatu perikatan wilayah yang lebih kompleks tercipta enam tahun selepas tahun 1957 dengan membentuk sebuah negarab dipanggil Malaysia dan kekal hingga hari ini.

Selasa, 25 Ogos 2015

Latar Belakang Pembentukan Malaysia


  • Pembentukan Malaysia mula tercipta pada 27 Mei 1961 melalui ucapan perdana menteri yang  pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj di hotel Adelphi, Singapura. Idea ini dikemukakan kerana Tunku Abdul Rahman ingin membentuk satu penyatuan perpaduan dari  segi ekonomi, politik dan sosial melibatkan persekutuan Tanah Melayu dan kawasan-kawasan Jajahan British iaitu :-
    •  Brunei
    • Sabah
    • Singapura
    • Sarawak
  • Idea ini dikemukakan juga kerana tanah melayu dan wilayah-wilayah terbabit dilihat sukar untuk berdiri dikaki sendiri (berdikari). Ianya juga dilihat berasingam dalam menghadapi  sebarang  persaingan diperingkat antarabangsa. Dengan cara ini juga kerjasama antara penduduk di  wilayah-wilayah dapat dipertingkatkan dari segi politik, ekonomi dan social sekaligus demi  menjayakan pembentukan gagasan politik baru di asia tenggara. Gagasan ini juga bertujuan  untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi.
  • Keseluruhan daripada idea ini telah menarik minat wartawan-wartawan yang hadir pada hari  tersebut dan menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif terutama melibatkan wilayah-wilayah yang terbabit. Hal ini juga mendapat liputan di akhbar-akhbar dan membahaskannya.  Kebanyakan pihak ada yang mengatakan bahawa tindakan Tunku Abdul Rahman sangat  tergesa-gesa dan mengejutkan banyak pihak. Walhal, sebelum idea ini dibentangkan Tunku Abdul Rahman telah membuat beberapa persidangan dan pertemuan bersama beberapa  orang tokoh dari wilayah-wilayah terbabit.
  • Peristiwa-peristiwa yang membuktikan bahawa Tunku Abdul Rahman telah membuat  pertemuan sebelum mencadangkan gagasan ini ialah, pada bulan Januari 1961 Tunku Abdul  Rahman telah mengadakan pertemuan dengan Lee Kuan Yew di Singapura. Manakala  pertemuan bersama Senu Abdul Rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan  Brunei. Pertemuan bersama Harold MacMilan, iaitu perdana menteri British pula diadakan di  London  pada  awal  tahun  1961. Perisitiwa ini membuktikan bahawa idea ini dititikberatkan  dan berpandangan jauh. Pada abad ke-19, idea ini telah diutarakan beberapa kali sebelum  kemerdekaan Tanah Melayu oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, iaitu Lord Brassey yang  mencadangkan supaya negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat menjadi sebuah tanah  jajahan mereka. Tetapi cadangan itu ditolak oleh pemegang saham syarikat berkenaan.
  • Idea penggabungan semua wilayah juga sekali lagi dicadangankan oleh Pesuruhjaya Besar  British, Malcom Mac Donald pada tahun 1949-1952 namun cadangan ini tidak dilaksanakan.  Cadangan umpama ini juga pernah dilahirkan oleh Mohd.Ghazali Shafie pada tahun 1954  yang mencadangkan penubuhan Komenwal Asia Tenggara.
  • Idea gabungan yang lebih kecil yang melibatkan Tanah Melayu dan Singapura juga pernah  diutarakan beberapa kali, terutama oleh ketua menteri Singapura.
    • David Marshall (ketua menteri yang pertama)
    • Lim Yew Hock (ketua menteri yang kedua)
  • Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew juga pernah mengetengahkan hasrat Singapura  untuk bergabung dengan Tanah Melayu sebagai sebuah wilayah politik. Dalam tempoh  tersebut cadangan ini tidak mendapat perhatian daripada Perikatan Tanah Melayu.
  • Penggabungan kecil yang melibatkan Singapura dan Tanah Melayu tidak dapat diterima oleh  Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini kerana fenomena akan melibatkan ancaman politik di  Tanah Melayu. Jumlah besar masyarakat Cina di Singapura boleh menggugat majoriti Melayu  yang wujud pada waktu itu. Imbangan kaum seumpama ini akan dipandang sebagai isu sensitif  kepada masyarakat melayu yang sebelum  ini lebih ramai dan mempunyai suara (hak-hak istimewa). Hal ini juga dikhuatiri ideologi komunis yang sedang hangat menular di Singapura  akan merebak dengan mudah ke Tanah Melayu.

Selasa, 18 Ogos 2015

Faktor-Faktor Penubuhan Malaysia

Mengelak Ancaman dan Pengaruh Komunis

  • Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil.
  • Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura.

Memberi Kermerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura

  • Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
  • Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, Kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan.

Perkongsian Faedah Ekonomi

  • Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai PersekutuanMalaysia.

Membela Masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak

  • Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3% sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia, Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Menjaga Kepentingan Hak Kaum Bumiputera di Semua Wilayah Terbabit

  • Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.
  • Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam, kemasukkan Sabah dan Sarawakmembolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.

Isnin, 17 Ogos 2015

Reaksi Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapure

Sarawak

  • Sebelum  Tunku  Abdul  Rahman mengumumkan  persetujuan  penubuhan  Malaysia,  di Sarawak  hanya  terdapat  dua  buah  pertubuhan  politik  iaitu  Parti  Bersatu  Rakyat Sarawak  (SUPP)  pimpinan  Ong  Kee  Hui  yang  majoritinya  penduduk  Cina  dan  Parti Negara  Sarawak  (PANAS)  dipimpin  oleh  Dato  Bandar  Abang  Haji  Mustapha  yang ahlinya  terdiri  daripada  orang  Melayu . Kemudian  orang  Iban  pula  menubuhkan  Parti Kebangsaan  Sarawak  (SNAP)  di  bawah  pimpinan  Stephen  Kalong  Ningkan.  Setelah pengumuman  dibuat  parti-parti  politik  di  Sarawak  mula  berkembang  dengan  hebatnya seperti  Barisan  Rakyat  Jati   Sarawak  (BERJASA)  dipimpin  oleh  Abdul  Rahman  Yaakub dan  Abdul Talib Mahmud,Pada asalnya cadangan penubuhan Malaysia ini kurang mendapat sokong parti di Sarawak, terutama SUPP yang bimbang dengan bentuk penjajahan baru ke atas Sarawak dan SNAP yang bimbang orang bukan Melayu dan peribumi hilang identitinya. Ada juga parti yang mahu supaya Sarawak merdeka terlebih dahulu sebelum menyertai gagasan tersebut dan takut ekonomi Sarawak dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Namun selepas lawatan Tunku Abdul Rahman pada Jun 1961 ke Sarawak, pada bulan Oktober 1962 kesemua parti politik ini kecuali SUPP telah bersetuju untuk bergabung bentuk Parti Perikatan Sarawak dan menyokong usaha tersebut atas alasan untuk mempercepat kemerdekaan Sarawak, meningkatkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian, mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di Sarawak. Dengan sokongan yang diberikan akhirnya Sarawak telah bersetuju untuk bersama-sama dalam proses pembentukan Malaysia.

Sabah

  • Bagi Sabah pula, sebelum pengumuman Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Malaysia belum wujud lagi parti-parti politik. Parti-parti mula ditubuhkan apabila usul cadangan penggabungan dilakukan untuk mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan tentangan cadangan pembentukan Malaysia seperti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO Jun 1961) dipimpin oleh Donald Stephens, Pertubuhan kebangsaan Sabah Bersatu ( USNO Disember 1961) dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun, Parti Pasok Momugun ( Jun1966 ) dipimpin oleh G.S. Sundang dan Parti Demokratik dipimpin oleh Peter Chin. Sama seperti Sarawak, parti-parti di Sabah ini juga menentang dengan alasan yang sama iaitu UNKO bimbang orang bukan Melayu dan kaum peribumi Sabah kehilangan identity dan dikuasai oleh orang Melayu, politik dan ekonomi Sabah akan dikuasai oleh Kerajaan Pusat, mahukan kemerdekaan terlebih dahulu diberikan serta bimbang tentang isu kemajuan ekonomi dan sosial. Setelah lawatan Tunku Abdul Rahman pada Jun 1961 yang menjelaskan kedudukan penggabungan tersebut akhirnya parti-parti politik Sabah bersetuju untuk menyertai gagasan Malaysia. Dalam pada masa yang sama Sabah dan Sarawak telah buat tuntutan sebagai syarat untuk menyertai Malaysia. Syarat ini dikenali sebagai Perkara 20 yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan yang bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak. Perkara 20 tersebut merangkumi Ketua Negeri, Bahasa Kebangsaan, Agama Islam, kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen, kerakyatan, peruntukan kewangan dan pelajaran. Setelah bersetuju dengan syarat tersebut barulah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak akan dilakukan.

Brunei

  • Sultan brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong konsep Malaysia . kebanyakan rakyat brunei pada peringkat awal berminat menyertai gabungan , Cuma mereka lebih hasrat untuk memperoleh kemerdekaan sendiri dahulu sebelum bergabung . Bulan julai 1962 persidangan majlis undangan brunei telah menyatakan persetujuan mereka terhadap pembentukan Malaysia namun keputusan muktamad belum diambil. Penetangan yang hebat datang daripada Parti Rakyat Brunei dibawah pimpinan A.M Azahari . parti ini sangat berpengaruh di Brunei . A.M Azahari pada amnya lebih berminat terhadap cadangan penyatuan Borneo Utara yang melibatkan Brunei,Sabah dan Sarawak yang dipanggil kerajaan Kalimatan Utara . Parti Rakyat Brunei dipercayai Berjaya mempengaruhi penduduk Brunei untuk menentang pembentukan Malaysia . A.M Azahari berpendapat pembentukan Malaysia merupakan cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya di wilayah yang pernah dijajah oleh mereka supaya penguasaan ekonominya berkekalan dan menjamin keselamatan mereka , Mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan apabila menyertai gabungan ini .

Singapura

  • Di singapura, amnya semua pihak suka dengan konsep Malaysia dan menyetujui pembentukan sebuah Negara dan kerajaan baru. Lee Kuan Yew dikatakan paling berminat. Bagaimanapun ada pihak-pihak tertentu di singapura berlainan pendapat atau menaruh kesangsian tentang keutuhan Malaysia. Rakyat singapura pada awalnya memberi sokongan penuh tetapi perubahan politik Rakyat singapura pada awal tahun 1961 menukar pendirian sebahagian rakyat singapura. Parti Tindakan Rakyat atau People’s action party (PAP) dan amnya  kerajaan PAP dibawah pimpinan lee kuan yew menerima tentangan daripada parti serpihan PAP , iaitu sebuah parti sosialis United people’s party (UPP) . UPP menentang pembentukan Malaysia kerana rancangan Tunku Abdul Rahman sebagai satu rancangan kerajaan britih mengekalkan pengaruhnya . Keadaan menjadi semakin keruh kerana calon PAP telah dikalahkan oleh Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh dalam satu pilihan raya kecil di Hong Lim dan Anson pada April 1961 . Bagi Tunku dan Lee Kuan Yew peristiwa ini menguatkan lagi itizam mereka kearah pembentukan Malaysia . ini sama sekali bertentangan dengan spekulasi akhbar dan pihak-pihak tertentu .

Ahad, 16 Ogos 2015

Reaksi Negara-negara ASEAN

Indonesia

  • Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’.  Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia  Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.
  • Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan Sabah dan Sarawak. Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat Johor untuk pengintipan. Tindakan ini dapat dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi semakin lemah. Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan ogos 1966.

Filipina

  • Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya.Jadi, pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Filipina kemudianya memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Proses Pembentukan Malaysia



Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

  • Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut.
  • Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama di kalangan pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia. Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah yang terlibat dalam pembentukan, sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Namun, perwakilan Bruneimenganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana ketidaksediaaan Brunei menyertai gabungan.


Suruhanjaya Cobbold

  • Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962. Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold seorang berbangsa Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Jun 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka ialah kaum Bumiputera. Secara keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu:

    •  1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan  tanpa syarat
    • 1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.
    • 1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menentang ini dicatatkan hanya lebih kurang 20% sahaja.



Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

  • Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.
  • Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :
    • Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.
    • Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
    • Kuasa kawalan imigresen di Sabah danSarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawakbahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negara tersebut.
    • Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
    • Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.


Referendum Singapura

  • Jika peristiwa di Sabah dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold, Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura. Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu.
  • Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan Malaysia, cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambilkira. Soal menolak sudah tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu dibincangkan. Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :
    • Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi).
    •  Pilihan B – rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).
    • Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperoleh wilayah-wilayah Borneodengan penyertaan ini (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 144 077 undi).


aa