Jumaat, 14 Ogos 2015

Isu Brunei dan Singapura

Isu Brunei dan Singapura

  • Malaysia akhirnya ditubuhkan pada 16 September 1963.Namun sebelum itu ,Brunei yang sebelum Ini termasuk dalam wilayah cadangan pembentukan Malaysia telah menarik diri. Singapura pula bersama Malaysia semasa ia ditubuhkan. Walaupunbagaimanapun,Singapura telah keluar dari Negara ini selepas dua tahun sebahagian Persekutuan Malaysia.

Brunei

  • Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan rancangan kemasukan Brunei dalam persekutuan Malaysia  kerana beberapa permintaan beliau tidak dipersetujui dan tidak dipatuhi oleh pemerintah tanah melayu.
  •  Antara tuntutan Brunei seperti berikut :-
    • Menuntut 10 kerusi dalam parlimen
    • Menguasai semua hasil minyak
    • Memegang autonomi hal-hal keuwangan pada peringkat awal
    •  Mengekalkan semuapelaburannya
    • Mengekalkan kadar percukaian yang rendah
    • Meneruskan program pendidikan dan kebajikan
    • Menuntut keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamin
    • Meminta agar kekuasaan Sultan Brunei dalam Majlis Raja-Raja dikira daripada tarikh baginda menjadi Sultan dan bukannya tarikh kemasukan Brunei ke dalam Malaysia
  • Tuntutan paling utama ialah soal kekuasaan baginda dan soal penguasaan ke atas hasil minyak negerinya. Walaupun permintaan telah dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman tapi Sultan tetap mengambil keputusan untuk tidak menandatangani perjanjian Malaysia. Hal ini kerana soal kekuasaan baginda tidak dipertimbangkan secukupnya.
  • Seterusnya,selain baginda A.M. Azahari yang memimpin rakyat Brunei telah menghantar satu memorandum kepada Majlis Mensyuarat Undangan negeri Brunei bagi mmenyatakan bantahan Parti Rakyat Brunei tetapi kerajaan British menangguhkan perbincangan memorandum. Hal ini membangkitkan kemarahan Parti Rakyat Brunei. Kemuncak kepada penentangan ini, Paarti Rakya Brunei te;ah mencetuskan pemberontakan bersenjata kepada 8 Disember 1962 terhadap kerajaan Brunei sendiri supaya menolak penyertaan mereka. Dalam hal itu Indonesia secara terang-terangan menyokong tindakan Parti Raykat Brunei dan parti ini juga mendapat bantuan darpada Parti Komunis Indonesia(PKNI)
  • Pemberontakan ini berjaya dipatahkan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan kerajaan British dan persekutuan Tanah Melayu. Namun, fenomina ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman berpendapat kemasukan Brunei boleh menimbulkan masalah politik. Justeru,pemyertaan Brunei ke dalam Malaysia dibatalkan.

Singapura

  • Sebelum pembentukan Malaysia lagi Lee Kuan Yew telah menegaskan walaupun singapura bersetuju menyertai Malaysia, namun hal-hal yang terkandung dalam percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat singapura sendiri. Hal ini ditegaskan kerana Lee Kuan Yew ingin memastikan rakatnya tetap mendapat keselesaan selepas penggabungan.
  • Pada 23 Ogos 1961 , mesyuarat rasmi telah diadakan antara Singapura dengan Persekutuaan Tanah Melayu dan mencapai persetujuaan atas beberapa perkara. Antara perkara tersebut ialah menyatakan aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan menjadi tanggungjawab persekutuan. Walau bagaimanapun, soal pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Singapura. Perkara ini juga menjadi bidang kuasa Persekutuan Tanah Melayu dan negeri-negeri Melayu. Semua perkara tersebut termaktub di dalam kertas putih dan diisytiharkan secara rasmi pada bulan November 1961. Selain itu, jumlah perwakilan Singapura yang akan masuk ke dalam Dewan Rakyat telah ditetapkan, iaitu seramai 15 orang.
  • Setelah 2 tahun Sinapura berada di dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dan Singapura menjadi mula menjadi tegang. Hal ini kerana banyak perselisihan faham telah timbul antara kerajaan Singapura dengan Kerajaan Persekutuan tanah Melayu. Antara isu yang menjadi perbahasan hangat ialah soal ekonomi, parti dan perkauman. Bagi aspek ekonomi , Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah sepakat untuk memajukan sektor perindustrian dan perkilangan bersama.
  • Dalam soal parti dan perkauman, Parti Tindakan Rakyat yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew cuba bertanding dengan PERIKATAN di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. PAP cuba untuk menarik perhatian bahawa MCA tidak mampu untuk membangan dan memajukan orang cina. Kempen ini telah dijalankan oleh PAP sehingga pergerakkan PAP dianggap sebagai satu pencerobohan ke atas hak istimewa orang Melayu. Dalam hal ini, PAP seakan-akan melupakan pengorbanan orang Melayu yang selama ini sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu. Keadaan ini juga telah mencetuskan rusuhan pada 21 Julai 1964. Keadaan ini lebiihh teruk apabila Singapura memperjuangkan pesamaan hak dan kempen ’Malaysia untuk orang Malaysia’ yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Untuk merealisasikan cita-cita ini, Singapura telah  membentuk ’United Opposiyion Front’ yang kuat memperjuangkan konsep persamaan hak dan ’Malaysia untuk orang Malaysia’. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuuk meredakan keadaan, tetapi tidak berjaya. Akhirnya, pada bulan Ogos 1965, Singapura mengambil keputusan untuk keluar daripada Malaysia.
  • Dalam hal ini, barang-barang yang dihasilkan digunakan dalam negeri dan bukan untuk dieksport ke luar negara. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama. Namun apabila Malaysia ditubuhkan, tidak banyak kemajuan ekonomi yang dicapai. Keadaan ini mengecewakan Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan